Oh Si Perayau
Engkau membuat aku merenung diruangan
Ibarat jam yang berputar tanpa kesedaran
ku tatapi hidupmu seperti penuh badai ombak yang berpanjangan
yang kekadang engkau dibelit permasalahan
yang kekadang engkau dikaburi kemewahan
ish,ish,ish
Oh Si Perayau
Engkau membuat aku menjadi terpaku kehairanan
Hidupmu diibaratkan seperti sikaparat jalanan
pabila persinggahan ilmu engkau lakukan dicemari nafsu kebebasan
ibarat ulat yang memakan bunga yang baru berkembang ditaman
ish,ish,ish
Oh Si Perayau
Engkau membuat aku menjadi tersentak apabila talbiah dilaungkan
Engkau hilang dilorong hitam yang penuh dengan kepalsuan
Tidur beralaskan tepung yang kononnya bernilai dipasaran
namun tidak kau sedar ia ibarat bisaan ular yang merebak diseluruh badan
menghancurkan ,ish,ish,ish
Oh Si Perayau
Engkau membuat aku menjadi semakin ghairah memikirkan seribu persoalan
kerana engkau hidup bagaikan diatas kerikil-kerikil tajam yang amat membinasakan
bagai membunuh diri sendiri dengan asap yang membahayakan
menghancurkan fikiranmu dengan pekara-pekara yang tiada ketamadunan
Ish,Ish,Ish
Oh Si Perayau
Engkau membuat jiwaku menjadi bergelora tidak ketentuan
kerana engkau mengatur hidupmu seperti bidak-bidak catur permainan
jika kau maju ke hadapan engkau akan mudah gugur ditelan arus kemodenan
namun jika kau belakang nah hidupmu ditepian jalanan
seperti melukut ditepi gantang meminta kesian
ish,ish,ish
Oh Si Perayau
Engkau membuat aku simpati dengan cara hidupmu yang berkeceramuk dek tidak ketentuan
Disaat-saat engkau masih tercari-cari destinasi perhentian
yang penuh An-Nur Iman
namun engkau tersesat dipelabuhan tiada jalan kebenaran
Thursday, February 11, 2010
Si perayau
Posted by Sweety Gul at 8:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
siuk banar bpuisi
yup saya suka berpuisi ;)
Post a Comment